NOV 30 — Khairy Jamaluddin suatu ketika boleh dikatakan antara orang   yang paling dibenci dan dimusuhi dalam arena politik Malaysia. Dilihat   sebagai anak menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri   Malaysia ke 5, Khairy menjadi sasaran utama pihak pembangkang yang   mengambarkan bahawa dia merupakan individu yang mempengaruhi hampir   kesemua keputusan kerajaan. Tidak cukup dengan itu Khairy juga mendapat   tentangan sengit dari dalam Umno apabila persepsi umum ahli parti   menganggap Khairy sebagai salah satu faktor utama kekalahan teruk   Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang ke 12.
  Penulis   diminta oleh penyunting untuk menulis sebuah analisis tentang  perubahan  suasana politik semenjak berlakunya tsunami 2008. Namun kali  ini,  sedikit luar dari kebiasaan, saya ingin melihat kembali dan  merencana  perjalanan ahli politik muda yang sering mendapat perhatian.  Setelah  dipukul teruk oleh gelombang perubahan politik tanah air kemana  telah  dia tuju dan berada sekarang. Inilah kisah perjalanan saudara  Khairy  Jamaluddin selepas tsunami dari sudut pandangan penulis.
Penulis   diminta oleh penyunting untuk menulis sebuah analisis tentang  perubahan  suasana politik semenjak berlakunya tsunami 2008. Namun kali  ini,  sedikit luar dari kebiasaan, saya ingin melihat kembali dan  merencana  perjalanan ahli politik muda yang sering mendapat perhatian.  Setelah  dipukul teruk oleh gelombang perubahan politik tanah air kemana  telah  dia tuju dan berada sekarang. Inilah kisah perjalanan saudara  Khairy  Jamaluddin selepas tsunami dari sudut pandangan penulis.
 Pemilihan Ketua Pemuda Umno
 Ketika  itu Pak Lah sudah mengumumkan bahawa dia tidak akan  mempertahankan  jawatanya di dalam Umno. Ramai menjangkakan yang ini  menandakan  tamatnya perjalanan politik Khairy Jamaluddin yang dilihat  bergantung  kepada bapa mertuanya. Namun, luar dari jangkaan dia telah  memenangi  dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda  Umno.  Keputusan pemilihan yang dianggap sebagai kontroversi sehingga  Khairy  Jamaluddin di herdik ketika namanya diumumkan dalam mesyuarat   pehimpunan agung Umno sejurus selepas pemilihan sayap pemuda. Malah   dilihat Khairy akan menghadapi masaalah memimpin sayap pemuda apabila   jumlah undi yang diterimanya adalah kurang dari separuh dari jumlah   keseluruhan perwakilan, bermakna majoriti pada ketika itu tidak   menyokong beliau.
 Berhadapan dengan masaalah percakaran dan  perpecahan dalam Pemuda  Umno setelah tamat pemilihan, Khairy juga  terpaksa menghadapi soal  persepsi umum apabila nama beliau tidak  disenaraikan dalam kabinet  manakala timbalan beliau Razali Ibrahim dan  saingan dalam pemilihan  Mukhriz Mahathir dilantik menjadi timbalan  menteri. Berhadapan dengan  pelbagai halangan dan tentangan dari dalam  dan luar parti, ramai yang  mula mempersoalkan tentang masa depan  politik Khairy dan juga Pemuda  Umno sendiri.
 Selangkah demi selangkah 
 Walaupun  pada awalnya nampak seolah semuanya telah berakhir bagi  graduan dari  Oxford ini, namun sedikit demi sedikit persepsi dan  pandangan terhadap  beliau ini berubah. Titik permulaan perubahan adalah  apabila Khairy  Jamaluddin telah pergi berdepan dengan Naib Presiden PAS  ketika itu,  Datuk Husam Musa di Balai Islam Kota Baru. Dikelilingi  dengan ribuan  penyokong tegar PAS dan tajuk perdebatan yang langsung  tidak  menyebelahi Umno Khairy telah berjaya mematahkan banyak hujah  Husam  Musa dan memerangkap Husam dengan beberapa kenyataanya yang boleh   dikatakan memakan diri. Malah ada yang beranggap bahawa antara faktor   kegagalan Husam merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah kerana   beberapa kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam perdebatan ini.
 Penulis  adalah ahli Pemuda Umno bahagian Gombak. Ketika waktu  pemilihan jangan  dikatakan undi malah cadangan pencalonan pun tidak ada  seorang berani  mencadangkan nama Khairy. Akan tetapi selang beberapa  minggu selepas  perdebatan di Kota Bahru dihebohkan, timbul kenyataan  yang dikeluarkan  oleh salah seorang pemimpin tempatan yang menyatakan,
 “Ye lah,  kalau nak diikutkan aku pun tak berapa nak suka dengan KJ,  tapi kalau  suruh aku pilihlah siapa nak pergi jumpa debat dengan  pembangkang,  antara Mukhriz, Khir Toyo dengan KJ, aku pilih KJ.”
 Dari disitu  penulis dapat melihat perubahan pandangan akar umbi sudah  bermula,  malah dengan mengambil pendekatan yang lebih merendah diri  seperti  terbang menaiki kelas ekonomi, atau sama-sama turun padang  bermain bola  bersama pemuda kampung, berani dan selalu berhadapan dengan   perbincangan dan forum dilihat watak dari Menantu Pak Lah sudah mula   terhakis dan Khairy sebagai seorang pemimpin sudah mula muncul. Penulis   menganggap penglibatan Khairy dalam filem pendek “Teksi” untuk siri 15   Malaysia merupakan salah satu faktor yang memerikan kesan yang sangat   ketara dalam perubahan persepsi terhadap beliau terutama di kalangan   anak muda. Boleh dikatakan sebagai sesuatu yang baik apabila Khairy   tidak dilantik sebagai seorang menteri kabinet kerana tumpuan yang lebih   diberikan dalam memperkukuhkan kembali sokongan Pemuda terhadapa Umno   dan BN.
 Penyatuan Pemuda Umno
 Selepas  pemilihan umum diketahui Pemuda Umno berpecah kepada tiga,  malah dari  segi kepimpinan exco pemuda, tidak ada mana-mana satu kem  sekalipun  yang berjaya menguasai barisan kepimpinan. Pada awalnya  perpecahan ini  memang jelas ketara, apabila sesetengah exco dan ketua  pemuda bahagian  memboikot acara tertentu kerana ianya dianjurkan oleh  orang-orang  tertentu.
 Namun Umno mempunyai budaya pragmatiknya sendiri.  Sebagaimana gambar  Anwar Ibrahim masih lagi tergantung di ibu pejabat  Pemuda Umno sebagai  mantan Ketua Pemuda, sebagai itulah semangat  “pragmatism” Umno itu  sendiri. Hakikatnya adalah umur Mukhriz dan Khir  Toyo telah melepasi had  untuk bertanding semula jawatan Ketua Pemuda  Umno dalam penggal  berikutnya, atau dilihat sebagai tidak lagi sesuai  oleh itu tidak timbul  soal untuk kumpulan tertentu untuk mencabar  kedudukan semula. Ditambah  semula dengan cabaran dan tentangan yang  dihadapi dengan kekalahan di 5  buah negeri melihat bahawa majoriti  pemuda sudah penat untuk berperang  sesama sendiri dan lebih berminat  dalam bersatu untuk mendapatkan  kembali tampuk pemerintahan di  negeri-negeri yang telah tewas.
 Ini dapat dilihat dengan jelas  dalam beberapa siri kempen pilihanraya  kecil bermula dengan Manik Urai  dan Bagan Pinang apabila kerjasama  antara kepimpinan Pemuda  mempengaruhi kemenangan di kesemua saluran undi  muda. Malah dapat kita  lihat dari segi rombakan jawatan exco pemuda  Umno bagi menghadapi  suasana politik baru mula menampakan hasil terutama  dari segi  penceramahan dan propaganda di alam maya. Dapat kita melihat   pemimpin-pemimpin pemuda yang dahulunya mati-mati menentang Khairy kini   sudah mula berkerjasama dengan Khairy atas kedudukan beliau sebagai   Ketua Pemuda.
 Perkasa
 Nampak seolah penentang utama Khairy  bukan dari dalam Umno mahupun  dari Pakatan Rakyat akan tetapi dari  sebuah NGO iaitu Perkasa.  Pergeseran terbuka antara pengerusi Perkasa  Ibrahim Ali dan Khairy dalam  media massa menggusarkan segelintir akar  umbi dalam Umno yang menyokong  sesetengah pendirian Perkasa. Namun  sekiranya dilihat secara halus  sebenarnya pertembungan dan pebezaan  pendapat antara kedua-dua pihak ini  member manafaat kepada kedua-dua  belah pihak. Pertamanya Umno yang  membuktikan kepada parti komponen  yang ianya teguh bersama Barisan  Nasional manakala Perkasa membuktikan  bahawa ianya sememangnya sebuah  NGO yang tidak mempunyai sebarang  ikatan.
 Ada yang mengatakan bahawa Khairy mungkin kehilangan  sokongan dalam  Pemuda atas pertembungan ini namun penulis bependapat  bahawa perkara itu  tidak semestnya belaku. Kerana sering berlaku  pendirian paradoks dalam  politik Umno dan politik Melayu. Jangan  terkejut sekiranya seorang  pemuda, yang menyokong pendirian Perkasa  boleh pada masa yang sama  mengundi Khairy Jamaluddin. Pendirian beliau  dalam mempertahankan  beberapa isu Melayu seperti diskaun Bumiputera  membuatkan hasrat  penentangan terus dari akar umbi Umno sebagaimana  yang diharapkan  sesetengah pihak tertentu tidak berlaku.
 Kesimpulan
 Untuk  mengatakan Khairy sudah bejaya membebaskan dirinya dari  persepsi dan  belenggu pandangan sejarah adalah meleset sama sekali.  Sehingga hari  ini masih giat gerakan dari dalam dan luar Umno itu  sendiri yang  menentang kedudukannya sebagai Ketua Pemuda, ini jelas  dapat dilihat  dalam kempen di internet melobi untuk dia tidak dilantik  menjadi  menteri kabinet. Walaupun semakin ramai pemimpin pemuda yang  sudah mula  berkerjasama dengan beliau namun masih ramai yang gusar  dilihat secara  terus takut-takut dilabel dan diserang sekali kerana  masuk kedalam kem  Khairy. Malah penulis sendiri mungkin akan dilabel  mahupun dikritik  oleh kerana menulis mengenai Khairy. Namun suka atau  tidak, kita perlu  mengakui bahawa pandangan dan perspektif terhadap  Khairy Jamaluddin  adalah bebeza sekarang berbanding dahulu. Rata-rata  akar umbi pemuda  Umno merasakan penat dan bosan dengan peperangan  dalaman, dari segi  jentera pemuda sehinggalah ke exco-exco ebih berminat  dalam menentang  Pakatan Rakyat dari Ketua Pemuda Umno.
 Dahulu mungkin boleh  dikatakan yang kedudukan yang terdapat pada  Khairy adalah ehsan dan  bantuan dari bapa mertuanya namun tidak kali  ini. Penulis secara  peribadinya tidak pasti apa yang akan berlaku atau  kemana akan Khairy  pergi selepas ini, samaada terus kehadapan atau jatuh  tersungkur dalam  permainan politik. Namun apa yang pasti, apa yang  telah berlaku  semenjak pemilihan tempoh hari dan apa yang akan berlaku  selepas ini  adalah atas usaha dan bakat beliau sendiri. Suka atau tidak,  sokong  atau tentang, itu adalah pandangan dan pendirian peribadi, tapi   anggaplah begini, bukan senang untuk mengorak langkah dari seseorang   yang menjadi antara sasaran paling utama kepada di mana dia berada   sekarang. Itu kita kena akui.
Source : Lipas Sepi
The Malaysian Insider
Read more...